If you are looking JoomlaSite ready for use and hosting, you come at the right place.
Jika anda tercari-cari JoomlaSite yang siap sedia untuk digunakan dan hosting, anda datang di tempat yang betul.
Selamat Tahun 1431 Ma'al Hijrah yakni 1 haribulan Muharam 1431 Hijrah
Azam awal tahun ini adalah untuk mengajak anda orang kampung benar-benar menyertai menjadi ahli dalam Multimedia Kampung Corridor MKC agar pihak kami dapat membantu anda orang kampung melangkah kesatu tapak untuk memajukan kampung kita. Kenapa kita takut menjadi ahli di dalam MKC ini? MKC TAK MAKAN ORANG!? Tapi tolong orang kampung keluar dari menjadi katak dibawah tempurung! Apakah yang orang kampung dapat dengan menjadi ahli MKC. Jawabnya orang kampung dapat memperkenalkan diri di dunia luar yang serba maju tetapi tandus akan alam kehijauan. Kitalah memperkenalkan alam kampung kita yang memang terkenal sejak zaman silam lagi. Kita catit semula sejarah kegemilangan kita di alam Maya (web) ini dan buktikan diri kita boleh maju kehadapan.
Kita boleh buat homestay! Apakah itu homestay? Homestay bermakna menarik pelancung berkunjung ke kampung kita tinggal bersama kita seperti kita duduk di rumah kita. Kita perkenalkan cara hidup adat resam syariat kampung kita pada orang lain yang ingin mengetahui segala tatasusila adat resam syariat kita agar mereka membawa contoh kita disebarkan ke tempat mereka.
Sekiranya kampung kita berdekatan dengan sungai atau air terjun ini akan menarikan pelancung dari timur tengah yang memang gemar pada permandangan sungai air terjun kita. Sebut sahaja pakej homestay berapa harganya mereka sedia membayarnya asalkan mereka mendapat kepuasan menikmati suasana alam kampung kita. Kita hanya perlu mengambil gambar dan masukkan ke halaman MKC ini.
Dari segi bahasa jangan risau sangat, tanggung beres!! Tuliskan sahaja dalam bahasa melayu kita. Halaman MKC dan halaman web antara bangsa dapat menterjemahkan dalam bahasa mereka.
Saudara yang ingin membuat halaman web dari format joomla yang canggih boleh daftar di sini. Kita akan sama-sama membentuk halaman yang dihajati dengan niat suci lillahitaala dengan mengaku berkongsi saham dengan nisbah 4:4:2 di mana antara kita kedua-dua pihak mendapat nisbah 4:4 dan :2 nisbah yang baki sebagai milik Adat Istiadat Syariat Melayu Bani Adam (AISMBA) dalam bentuk tabung zakat dan lain-lain kebajikan keahlian kita.
Pihak Pertama ialah Pihak Pengasas Pentadbir Pendaftar.com
Pihak Kedua ialah anda yang mendaftar.
Pihak ketiga Milik Allah S.W.T. yakni Adat Istiadat Syariat Melayu Bani Adam (AISMBA) Tabung kebajikan Keahlian kita.
Bila anda berdaftar di sini anda dan kedua-dua pihak telah menerima bantuan dari tabung ini untuk membangunkan tempat kedudukan halaman web anda, kemudian untuk kita sama-sama membina halaman anda hingga berjaya dan akhirnya kita berurusan keusahawan memeliharakannya demi mengEsakan Allah S.W.T dan taat pada perintahNya.
Sila Klik pada create an account untuk mendaftarkan diri anda mengikut garis panduan berikut:
Name atau nama anda yang sebenar dan nama penuh dengan huruf besar. Sekira anda menaruh nama samaran di sini maka batal pendaftaran anda itu. Contoh : MOHAMMAD NOOR BIN YAKUB
E-mail yakni alamat email anda yang sebenar Contoh: admin @pendaftar.com
Verify Pasword atau pengesahan kata laluan yang sama seperti di para 4 agar engin pendaftaran mendaftar keahliaan secara otomatik.
Anda dikehendaki membuka email anda dan buka pada kiriman pendaftaran keahlian dan kilk pada varification untuk pengesahan keahlian.
Untuk menulis penulisan atau article anda sila klik ke submit an article. Taipkan penulisan anda dan save apabila anda telah pilih section = uncategorised atau News atau FAQ dan Category = uncategorised dan sebagainya. Published= No atau Yes dan Front Page = No atau Yes.
Adat Istiadat
Adat = bahasa penjajah mathematic
Istiadat = bahasa penjajah sains
Inilah kata kunci asal usul adat istiadat kita bermula dari Allah S.W.T. yang mengajar segala ilmuNya berperingkat-peringkat kepada Adam a.s yang baginda pula mengajar segala adat yakni kira mengira dan istiadat yakni peraturan kira mengira itu mengikut tertibnya maka bentuklah sopan santun manusia itu. Mana-mana Bani Adam yang memilih untuk memutuskan silaratulrahim dengan mengikut hawa nafsu jahat, merekalah yang mengubahkan dari satu rumpun Bani Adam kepada rumpun yang lain yang menyekutukan atau membuat sesuatu jalan yang sesat lagi menyesatkan agar kita berpecah belah menjadikan pengakuan bangsa yang lain yang senantiasa mempertahankan kesesatan mereka itu dengan menganjurkan pertumpahan darah kepada mereka yang tidak mengikut jalan kesesatan mereka itu. Merekalah telah mengikut jejak jalan yang sesat menjadi hamba Iblis dan syaitan laknatullah yang menyekutukan Allah S.W.T. Kita tidak memerangi manusia yang ada peri kemanusian tetapi kita wajib memerangi nafsu jahat yang berada dalam diri kita agar nafsu jahat kita dapat dikawal menjadi nafsu mudmainnah yang diredai Allah S.W.T. dan diri kita sebagai manusia yang ada peri kemanusian.
Perkataan melayu berasal dari perkataan layu yang bermaksud menukar diri kita kembali kepada yang asal dan tidak boleh kembali lagi pada yang usul. Apabila menambahkan perbuatannya menjadi melayu, Sesuatu bangsa yang telah berpecah ini adalah menjadi tugas melayu menyedarkan atau menginsafkan diri mereka itu kembali kepada yang asal yakni Bani Adam. Marilah kita melayukan yang usul yakni bangsa yang berpecah belah, kembali kepada yang asal yakni Bani Adam yang menyatukan satu bangsa menjadi satu bangsa satu dunia. Bukankah perbuatan ini molek atau mulia disisi mentaati perintah Allah S.W.T. dengan mengikatkan kembali silaratulrahim kita?
Adat adalah kira mengira yang perlu kita aturkan agar bilangan yang kita kira itu tidak berlaku kesilapan. Kita boleh semak akan kira mengira kita itu di dalam acara istiadat kita yang memutuskan bahawa apa yang kita membuat perkiraan itu tepat, benar dan sah mengikut syariat melayu Bani Adam.
Contohnya kita boleh bilang dari ibu jari hingga ke jari kelingking kita yakni jari-jari kanan kita ada
Istiadat adalah susunan atur bilangan sesuatu itu agar kita dapat mengenali akan sifat rupa bentuknya sesuatu benda supaya kita faham apabila kita sebut dari segi rupanya, warnanya, beratnya, dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Last Updated (Friday, 12 March 2010 00:34)
|
Last Updated (Friday, 18 December 2009 10:25)